Sunday, 13 May 2018

BAHAYA BENTAN SEMASA BERPANTANG

RISIKO BENTAN SELEPAS BERSALIN
SOLUSI UNTUK WANITA BERPANTANG 

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Tkasih banyak pada pengunjung yang sudi singgah kat blog Mama Hasyida ni.. kali ni mama nak share tentang BAHAYA BENTAN SEMASA BERPANTANG bagi ibu yang baru lepas bersalin atau yang baru habis berpantang pun wajib ambik tahu.

Image result for bentan semasa berpantang

Sebut saja pasal bentan dalam pantang ni, kalau boleh mintak sangat2, moga2 dijauhkan. Bagi yang tak tahu apa itu bentan.. jom baca entri mama ni..

Bentan bersalin adalah satu komplikasi atau kesakitan yang dialami oleh wanita selepas bersalin akibat mengabaikan penjagaan diri semasa berpantang atau disebut "melanggar pantang".

Ibu yang "melanggar pantang" ini selalu dikaitkan dengan pengambilan makanan-makanan sejuk, terlalu aktif membuat kerja rumah atau tersepak benda keras semasa tempoh berpantang. Akibatnya si ibu akan mengalami demam, bisa urat, lenguh sendi, sakit tumit atau tumpah darah. Seluruh tubuh pula akan terasa sejuk serta menggigil dan rasa nak pitam.

JENIS-JENIS BENTAN

Bentan ni ada 3 jenis,

1. Bentan Urat Pinggang
    Biasanya terjadi kepada ibu yang bersalin secara 'caesar'. Ini berlaku apabila ada masalah pada            urat besar yang melalui bahagian pinggul menyebabkan rasa lenguh dan sakit di bahagian                    belakang, pinggang dan tumit sehingga ibu terpaksa berjalan berdingkit-dingkit.
    

2. Bentan Urat Peranakan
    Sakit di bahagian ari-ari sama ada sederhana atau terlampau sakit sehingga menyebabkan tumpah
    darah. Hal ini boleh berlaku jika ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki tau terjatuh
    terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan pada urat peranakan

3. Bentan Urat
    Badan menjadi lemah, demam, bisa-bisa urat dan sendi, menggigil kesejukaan walaupun cuaca
    panas, otot menjadi tegang dan kejang. Ini kerana si ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau 
    aktiviti fizikal lasak

CARA MENGELAK DAN MERAWAT BENTAN

Masalah bentan ni akan terasa sangat menyeksakan jika tidak ditangani dengan cepat. Berikut adalah beberapa tips untuk mengelak dan merawat bentan:

1. Banyakkan berehat
    Ibu yang baru lepas bersalin perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau
    mengangkat objek berat. Untuk memandikan bayi ibu boleh minta bantuan daripada suami ataupun
    penjaga lain untuk membantu.

2. Elak jangkitan kuman
    Ibu lepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman terutama pada bahagian peranakan, rahim,
    dan saluran kencing. Oleh itu ibu perlu menjaga kebersihan diri untuk mengelak daripada jangkitan
    kuman

3. Jaga pemakanan
    Ibu berpantang perlu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat. Makanan yang gatal dan
    makanan yang sejuk perlu dielakkan semasa tempoh berpantang


BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU IBU BERPANTANG UNTUK SIHAT??

Suplemen yang telah membantu ramai ibu berpantang untuk mengelakkan bahaya bentan adalah Vivix.

Vivix adah satu suplemen minuman yang sangat membantu untuk memulihkan kesihatan ibu berpantang dengan melawan virus dan bakteria yang boleh mendatangkan penyakit, mengurangkan stress dan membuatkan ibu rasa sihat dan bertenaga sepanjang tempoh berpantang.



** Sekiranya anda berminat dengan Shaklee, mempunyai masalah yang ingin dikongsi atau perlukan konsultansi tentang pemakanan dan pengambilan supplement yang sesuai untuk kesihatan anda....**

Hubungi saya..
InshaAllah saya akan cuba bantu anda dengan sebaik mungkin...

* ANDA AKAN DIBERI KONSULTANSI, CADANGAN PEMAKANAN DAN SUPLEMENT YANG SESUAI UNTUK ANDA SECARA PERCUMA *


NAK CUBA KEBAIKAN PRODUK SHAKLEE YANG TERBAIK, BERKUALITI DAN SELAMAT...

HUBUNGI SAYA :

NOOR HASYIDA BT ABD RAZAK [ SHAKLEE ID - 1288922 ]

WHATAPPS/SMS/TELEGRAM : 0172902049

FB : Noor Hasyida Abd Razak

IG : syida1979

No comments:

Post a Comment