DIHANTUI DENGAN EKZEMA??
APA PENYELESAIANNYA!!
APA PENYELESAIANNYA!!
Assalamualaikum & Salam sayang pada semua pembaca...
Hari ni mama nak share dengan semua info tentang * EKZEMA * dengan harapan sedikit sebanyak kita dapat mengelak daripada masalah ini menghantui kehidupan kita..InshaAllah
Bila kita tengok orang sekeliling kulit sihat dan cantik...takde nak tergaru-garu dan gatal sana-sini..tak kisah panas terik pun boleh hadap..Mesti kita akan cemburu dan nak tahu apa amalannya kan..hihihi.
Mama adalah salah seorang yang menghadapi masalah ni..walaupun terkawal namun masih berhati-hati dan sentiasa mengamalkan langkah penjagaan yang disarankan doktor
# MEMAHAMI EKZEMA
Ekzema adalah satu keadaan kulit yang menjadi merah, kering, gatal dan kadangkala merekah.
Menurut kajian, penyakit ekzema mempunyai pertalian genetik. Jika salah seorang ibu atau bapa adalah penghidap ekzema maka ia akan memberi kesan genetik itu kepada anak-anaknya.
Ekzema juga dikenali sebagai atopik dermatitis yang sering berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa ( usia lanjut ) dan hampir 30% keputusan diagnostik simptom kulit melibatkan ekzema atopik.
Ekzema terbahagi kepada 2 jenis :
1. Ekzema akut : kulit berasa panas, gatal dan keradangan dan terdapat pembentukan tompok-tompok merah
2. Ekzema kronik : kulit menjadi kering, berair dan bersisik menyebabkan kulit menabal kasar dan berkedut
# PUNCA DAN FAKTOR PENYEBAB
1. Terdedah pada pencemaran
2. Terdapat sejarah penyakit ini dalam keluarga
3. Emosi seperti stress dan resah
4. Alergik pada makanan dan bahan pengawet
5. Cuaca yang panas
6. Kuat berpeluh
7. Alahan pada bahan pencuci, jenis fabrik tertentu dan air berklorin tinggi
8. Alahan pada kosmetik dan pemakaian barang kemas
Ekzema tercetus apabila kulit gagal berfungsi dengan baik untuk menghalang kemasukan *allergens* menyebabkan kulit menjadi kering.
Akibatnya kulit menjadi sangat gatal dan pesakit akan mula menggaru menyebabkan lapisan kulit semakin kering, terkoyak dan ruam akan mula muncul..
Kelembapan kulit penting bagi mengawal keradangan. Antara langkah yang boleh diambil :
1. Pakai pakaian longgar dengan fabrik yang selesa seperti kapas kerana lebih mudah menyerap peluh
2. Makan makanan berkhasiat yang mampu mengekalkan daya tahan badan.. Elakkan makanan laut, kekacang dan sebagainya
3. Mewujudkan pengudaraan yang baik dan kelembapan yang sederhana di kawasan persekitaran tempat tinggal
4. Elakkan terdedah pada matahari yang kerap dan elakkan mandi dengan air panas
5. Patuhi nasihat doktor
** Sekiranya anda berminat dengan Shaklee, mempunyai masalah yang ingin dikongsi atau perlukan konsultansi tentang pemakanan dan pengambilan supplement yang sesuai untuk kesihatan anda....**
Hubungi saya..
InshaAllah saya akan cuba bantu anda dengan sebaik mungkin...
* ANDA AKAN DIBERI KONSULTANSI, CADANGAN PEMAKANAN DAN SUPLEMENT YANG SESUAI UNTUK ANDA SECARA PERCUMA *
NAK CUBA KEBAIKAN PRODUK SHAKLEE YANG TERBAIK, BERKUALITI DAN SELAMAT...
HUBUNGI SAYA :
NOOR HASYIDA BT ABD RAZAK [ SHAKLEE ID - 1288922 ]
NOOR HASYIDA BT ABD RAZAK [ SHAKLEE ID - 1288922 ]
WHATAPPS/SMS/TELEGRAM : 0172902049
FB : Noor Hasyida Abd Razak
IG : syida1979

No comments:
Post a Comment